AGAMA ISLAM
Agama Islam ialah peraturan-peraturan dari Allah swt untuk manusia berakal untuk memberi keyakinan mencapai jalan yang bahagia lahir dan batin, dunia dan akhirat, bersandarkan kepada wahyu Ilahi yang terhimpun dalam kitab suci yang diterima oleh Nabi Muhammad saw.
MANUSIA MEMERLUKAN AGAMA
Fitrah atau kejadian manusia ialah mempercayai adanya tenaga qaib, sama ada perkara ini diajarkan kepadanya ataupun tidak.
Menurut ahli ilmu, bilamana manusia itu telah hidup berkelompok dan berkumpulan beberapa orang dalam waktu yang lama, hidup dan bekerjasama, sehingga mereka dapat menyatukan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan masyarakat yang mempunyai batas-batas tertentu, maka sebagai akibat daripada berfikir mengenai dirinya itu timbullah suatu fikiran manusia yang bersifat nyata, yang dapat dinikmati oleh panca indera manusia.
Namun manusia belum merasa puas kalau hanya sampai disini sahaja kerana pada suatu ketika manusia memerlukan perlindungan bagi dirinya sendiri, sehingga menimbulkan hasrat atau keinginan untuk mengajukan permohonan aau doa. Pada peringkat ini manusia mulai memerlukan tenaga qaib yang tidak dapat diraba atau dirasai oleh panca indera manusia.
Oleh yang demikian, dalam kebudayaan kuno ( printif ), setiap sesuatu yang tidak dapat dipahami tentang sebab dan akibat yang belum dikenalnya, maka persoalan itu akan diserahkan kepada yang qaib. Akhirnya dia yakin kehidupan dalam alam raya ini dipenuhi dengan yang qaib.
Dengan demikian, jelaslah bagi kita, bahawa kalau dengan senjata akal sahaja, manusia tidak akan mampu untuk menyelami hakikat Tuhan itu dengan sebenarnya, sama ada tentang wujudnya, af'al dan zatnya, kecuali dengan bimbingan tenaga qaib yang maha agong iaitu Allah swt.
Oleh yang demikian, dapatlah kita membuat kesimpulan sejauhmana pentingnya agama ini kepada kita.
WAllahu A'lam
0 ulasan:
Catat Ulasan